Tenaga harian
Membantu mengurangkan keradangan dan melancarkan peredaran darah, supaya badan tidak mudah lesu dari pagi hingga ke malam.
Rawatan regeneratif untuk lelaki yang sentiasa sibuk dan berjadual padat. Satu program khas untuk tenaga, fokus, prestasi seksual dan kesihatan jangka panjang, sama ada melalui drip IV untuk seluruh badan, suntikan P-Shot stem sel, atau gabungan kedua-duanya. Dirancang dan dipantau sepenuhnya oleh doktor bertauliah.
Terapi stem sel menggunakan stem sel yang disediakan khas di makmal untuk membantu proses pemulihan semula jadi badan. Apabila dimasukkan ke dalam badan, sel ini menghasilkan faktor pertumbuhan yang mengurangkan keradangan, menyihatkan salur darah dan membaiki tisu, supaya badan anda kembali cergas dan cepat pulih seperti waktu muda.
Bagi kebanyakan pelanggan kami, tujuannya bukan sekadar merawat satu masalah. Mereka mahu menjaga kesihatan badan yang menjadi tulang belakang kerjaya dan keluarga: tenaga yang kekal stabil dari pagi ke malam, fikiran yang tajam ketika membuat keputusan, badan yang cepat segar walaupun kerap bertugas di luar kawasan dan kurang tidur, serta prestasi seksual yang kekal mantap. Doktor kami akan memeriksa tahap kesihatan anda dahulu dan menerangkan hasil kajian perubatan terkini secara jujur.
Terapi stem sel membantu menyokong empat aspek utama yang selalunya mula merosot apabila jadual kerja terlalu padat dan usia meningkat.
Membantu mengurangkan keradangan dan melancarkan peredaran darah, supaya badan tidak mudah lesu dari pagi hingga ke malam.
Apabila keradangan dalaman berkurang dan aliran darah lebih lancar, kepala rasa lebih ringan, fokus lebih tajam dan tidak mudah penat berfikir.
Melalui suntikan P-Shot stem sel, pembentukan salur darah baru dan pemulihan tisu zakar membantu ereksi jadi lebih keras, peka dan tahan lama.
Membantu tisu badan pulih dengan lebih cepat selepas bersenam, perjalanan jauh atau minggu kerja yang memenatkan, supaya anda kekal aktif walaupun usia meningkat.
Kerja lewat malam, kerap ke luar kawasan, tidak cukup tidur dan tekanan kerja berterusan boleh membuatkan badan cepat penat sebelum masanya. Program ini direka khusus untuk lelaki dengan rutin seperti ini.
Tenaga yang lebih stabil membantu anda kekal tajam dan tenang ketika perlu membuat keputusan penting sepanjang hari.
Perjalanan jauh, pertukaran zon waktu dan tidur yang tidak menentu memang memenatkan. Rawatan ini membantu badan anda pulih dengan lebih cepat.
Bukan habis semua tenaga di tempat kerja sahaja. Anda masih punya stamina, mood dan prestasi seksual yang baik apabila pulang ke rumah.
Ini antara perubahan utama yang dikongsikan oleh pelanggan kami. Kajian klinikal bagi lelaki yang sihat masih berkembang, jadi doktor akan berbincang secara jujur tentang hasil yang realistik untuk anda.
Dalam masa 30 saat sahaja, doktor kami menerangkan secara ringkas apa itu stem sel dan bagaimana ia membantu badan membaiki tisu yang lemah.
Video dalam Bahasa Melayu (32 saat). Video dimainkan tanpa suara; tekan butang untuk dengar.
Selepas pemeriksaan kesihatan, doktor akan mencadangkan kaedah yang paling sesuai dengan sasaran anda, atau gabungan kedua-duanya.

Stem sel dimasukkan secara perlahan ke dalam salur darah melalui drip IV di bilik rawatan khas kami sambil dipantau oleh pasukan perubatan. Sel ini akan beredar ke seluruh badan untuk mengurangkan keradangan dan membantu pemulihan tisu.
Paling sesuai untuk: Tenaga harian, fokus, cepat pulih dan kesihatan jangka panjang.
Lihat info lanjut
Selepas krim kebas disapu, doktor menyuntik stem sel menggunakan jarum yang sangat halus terus ke tisu ereksi (corpora cavernosa). Kaedah ini memfokuskan pemulihan terus pada bahagian yang mengawal kekerasan dan kepekaan zakar.
Paling sesuai untuk: Prestasi seksual: ereksi lebih keras, lebih peka dan pemulihan tisu zakar.
Lihat info lanjutAda tiga pilihan program mengikut sasaran anda. Setiap program dimulakan dengan konsultasi privasi dan pemeriksaan kesihatan supaya doktor dapat menyusun pelan yang paling sesuai untuk badan anda.
Sesuai untuk anda yang mahu badan kembali bertenaga, fikiran lebih fokus dan tidak mudah lesu.
Jadual dan dos rawatan akan disesuaikan oleh doktor selepas pemeriksaan.
Tanya di WhatsAppSesuai untuk anda yang mahukan kesan menyeluruh: badan lebih bertenaga di tempat kerja dan prestasi batin lebih mantap bersama pasangan.
Jadual dan dos rawatan akan disesuaikan oleh doktor selepas pemeriksaan.
Tanya di WhatsAppSesuai untuk anda yang mahu fokus kepada ereksi yang lebih keras, peka dan tahan lama.
Jadual dan dos rawatan akan disesuaikan oleh doktor selepas pemeriksaan.
Tanya di WhatsAppKeperluan setiap individu berbeza. Doktor akan mencadangkan bilangan sesi, kaedah dan gabungan rawatan yang paling tepat selepas memeriksa keadaan anda.
Ada empat proses utama yang berlaku secara berperingkat selepas rawatan. Sebab itulah kesannya semakin terasa dari minggu ke minggu.
Stem sel yang telah disaring rapi di makmal dibekalkan dalam botol kecil (vial) yang steril, dan hanya dibuka sejurus sebelum rawatan anda bermula.
Sebaik sahaja dimasukkan melalui drip IV atau suntikan, stem sel menghasilkan faktor pertumbuhan yang mengurangkan keradangan dan mula membaiki tisu yang lemah.
Melalui drip IV, ia membantu menyihatkan salur darah dan tisu di seluruh badan. Melalui P-Shot pula, ia merangsang pembentukan salur darah halus yang baru pada tisu zakar.
Proses ini turut membantu saraf pulih dan mempercepatkan pemulihan fizikal, supaya badan anda rasa lebih segar, bertenaga dan lebih peka.
Setiap sesi dijalankan secara tertutup bersama doktor dan disusun mengikut kelapangan anda. Tekan setiap langkah untuk lihat butirannya.
Anda akan berbincang secara bersemuka dengan doktor kami tentang sasaran, sejarah kesihatan, ubat yang sedang diambil dan gaya hidup anda. Ujian darah kesihatan lelaki turut dibuat untuk menyemak bacaan gula, hormon dan kolesterol supaya pelan rawatan disusun berdasarkan keadaan sebenar badan anda.
Berdasarkan keputusan pemeriksaan, doktor akan mencadangkan sama ada drip IV, suntikan P-Shot stem sel atau gabungan kedua-duanya. Doktor juga akan menerangkan hasil kajian secara telus dan menyusun jadual rawatan mengikut kesesuaian masa kerja anda.
Bagi kaedah drip IV, stem sel dimasukkan secara perlahan ke dalam salur darah sambil anda berehat dengan selesa. Bagi P-Shot pula, krim kebas disapu selama kira-kira 50 minit sebelum doktor menyuntik stem sel ke tisu ereksi menggunakan jarum yang sangat halus (saiz 27G hingga 30G), biasanya satu atau dua titik pada setiap bahagian.
Bacaan nadi, tekanan darah dan keselesaan anda akan dipantau sepanjang dan selepas rawatan. Rasa sedikit letih selepas drip IV atau sedikit sengal selepas P-Shot adalah perkara biasa, dan kebanyakan pelanggan boleh kembali bekerja seperti biasa pada keesokan harinya.
Kesan stem sel berlaku secara berperingkat. Doktor akan memantau perkembangan tenaga, tahap pemulihan dan prestasi anda dari semasa ke semasa, mengulang ujian darah jika perlu, serta mencadangkan sesi tambahan jika sesuai.
Semasa lawatan pertama, doktor akan memeriksa keadaan kesihatan anda untuk memastikan rawatan ini sesuai dan selamat. Sebagai panduan umum:
Stem sel memulihkan tisu secara berperingkat. Ini perkembangan yang lazimnya dialami oleh pelanggan kami, dan doktor akan memantau kemajuan anda pada setiap sesi susulan.
Rasa sedikit letih selepas drip IV atau sengal ringan selepas P-Shot biasanya hilang dalam masa sehari dua. Anda boleh terus buat aktiviti harian seperti biasa.
Ramai pelanggan mula rasa tidur lebih lena, tenaga harian lebih stabil dan badan tidak lagi terlalu lesu selepas minggu kerja yang sibuk.
Fokus, stamina dan prestasi seksual semakin baik apabila salur darah dan tisu yang dirawat semakin pulih.
Doktor akan menilai semula perkembangan anda secara menyeluruh dan mencadangkan pelan susulan jika perlu untuk mengekalkan hasilnya.
Kesan dan tempoh pemulihan berbeza bagi setiap orang, bergantung pada usia, tahap kesihatan dan kaedah rawatan yang diambil.
Terapi stem sel ialah bidang perubatan moden yang sedang berkembang pesat. Berikut adalah antara hasil kajian klinikal utama melibatkan drip IV dan rawatan ereksi:
Dalam kajian klinikal terkawal berbanding plasebo, satu sesi drip IV stem sel berjaya meningkatkan kecergasan fizikal, jarak berjalan dan bacaan keradangan pada client berusia tanpa kesan sampingan yang serius.
Lihat di PubMedUlasan ke atas 55 kajian klinikal mendapati pemberian stem sel melalui IV adalah selamat, dengan kesan sampingan biasa hanyalah demam ringan yang bersifat sementara.
Lihat di PubMedDalam kajian klinikal fasa 1/2, dua suntikan stem sel pada zakar diterima baik oleh badan dan meningkatkan tahap fungsi serta kekerasan ereksi sepanjang tempoh 12 bulan.
Lihat di PubMedUlasan terhadap 11 kajian klinikal mendapati skor fungsi ereksi meningkat dalam tempoh enam bulan selepas suntikan stem sel, di samping menyarankan lebih banyak kajian berskala besar dijalankan.
Lihat di PubMedKebanyakan kajian ini masih berskala kecil, dan kajian khusus untuk tenaga serta kesihatan jangka panjang bagi lelaki sihat masih di peringkat awal. Doktor kami akan menerangkan perkara ini secara terbuka supaya anda boleh membuat keputusan dengan yakin.
Pasukan doktor kesihatan lelaki dan ahli fisioterapi berpengalaman yang komited membantu anda kekal sihat, bertenaga dan yakin.
Maklum balas jujur daripada pelanggan yang telah mendapatkan rawatan di cawangan Subang Jaya dan Kota Bharu.
Artikel rujukan yang ditulis dan disemak oleh barisan doktor kesihatan lelaki kami.
Kedua-dua cawangan kami mengutamakan privasi pelanggan dan dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Tempah slot anda lebih awal supaya tidak perlu menunggu lama.
Peta interaktif. Seret untuk condongkan, sentuh cawangan untuk lihat lebih lanjut.
Berkhidmat untuk KL, Petaling Jaya, Shah Alam dan Klang
Buka setiap hariBerkhidmat untuk Kelantan dan Terengganu
Buka setiap hariMasih ada soalan yang ingin ditanya? WhatsApp pasukan kami secara privasi, kami sedia membantu.
Tanya di WhatsAppTerapi stem sel ialah rawatan pemulihan yang menggunakan stem sel yang disediakan khas di makmal. Apabila dimasukkan ke dalam badan, sel ini menghasilkan faktor pertumbuhan yang membantu mengurangkan keradangan, menyihatkan salur darah dan membaiki tisu yang lemah.
Tidak. Kaedah drip IV untuk seluruh badan direka untuk membantu tenaga harian, fokus, kecergasan dan kesihatan menyeluruh. Suntikan P-Shot stem sel pula memfokuskan kepada prestasi seksual dan kekerasan ereksi. Ramai pelanggan kami terdiri daripada usahawan dan golongan profesional yang mengambil gabungan kedua-duanya.
Pertama ialah drip IV seluruh badan, di mana stem sel dimasukkan ke dalam salur darah untuk menyokong kecergasan seluruh tubuh. Kedua ialah P-Shot stem sel, iaitu suntikan terus pada tisu ereksi untuk membantu kekerasan dan kepekaan zakar. Doktor akan mencadangkan kaedah yang paling sesuai selepas memeriksa anda.
Untuk lawatan pertama, peruntukkan sekitar satu jam bagi sesi konsultasi dan pemeriksaan kesihatan. Sesi rawatan pula biasanya mengambil masa antara satu hingga dua jam. Anda boleh pulang pada hari yang sama dan bekerja seperti biasa keesokan harinya.
Boleh. Kedua-dua cawangan kami di Subang Jaya dan Kota Bharu dibuka setiap hari termasuk hujung minggu. Doktor akan membantu menyusun tarikh sesi mengikut kelapangan dan jadual kerja anda.
Ya, 100% privasi. Setiap sesi konsultasi dan rawatan dibuat secara bersemuka di dalam bilik tertutup bersama doktor dan staf lelaki kami. Segala rekod perubatan anda juga dirahsiakan.
Kami menggunakan stem sel yang disediakan khas di makmal bertauliah, telah melalui saringan keselamatan yang ketat, dan dibekalkan dalam botol kecil (vial) yang steril. Doktor akan menerangkan sumber dan perinciannya dengan jelas semasa sesi konsultasi.
Dalam kajian klinikal, kedua-dua kaedah drip IV dan suntikan P-Shot menunjukkan tahap keselamatan yang baik. Kesan sampingan yang mungkin berlaku biasanya ringan dan sementara sahaja, seperti rasa sedikit demam, letih atau lebam kecil. Sebelum rawatan, doktor akan memeriksa anda terlebih dahulu bagi memastikan tiada masalah kesihatan yang menghalang rawatan seperti kanser aktif atau jangkitan.
Kesan pemulihan berlaku secara berperingkat. Kebanyakan pelanggan mula merasai tidur yang lebih lena dan badan lebih bertenaga dalam bulan pertama, manakala perubahan pada fokus, stamina dan prestasi seksual biasanya semakin jelas antara bulan ketiga hingga keenam.
PRP menggunakan faktor pertumbuhan daripada darah anda sendiri, manakala exosome dan secretome hanya mengandungi bahan isyarat pemulihan tanpa sel hidup. Terapi stem sel pula menggunakan sel itu sendiri untuk membaiki tisu, menjadikannya program pemulihan paling lengkap di klinik kami.
Anda boleh isi borang penilaian di laman web ini atau terus hubungi kami melalui WhatsApp. Pilih cawangan Subang Jaya atau Kota Bharu mengikut keselesaan anda; kedua-duanya dibuka setiap hari.
Mulakan dengan satu sesi konsultasi privasi bersama doktor kami tanpa sebarang paksaan. Kami akan bantu cadangkan program yang paling sesuai dengan keperluan anda, sama ada untuk tenaga harian, prestasi seksual, atau kedua-duanya.
Mulakan penilaian percuma