Penafian Perubatan
Apa maksud maklumat di laman web kami, apa yang bukan, dan kenapa setiap rawatan bermula dengan penilaian doktor.
Secara ringkas
Laman web kami menerangkan perkhidmatan klinik, tetapi ia bukan pengganti konsultasi. Setiap rawatan bergantung kepada penilaian doktor, keputusan berbeza bagi setiap individu, dan dalam kes kecemasan sila terus ke hospital yang terdekat.
01Maklumat umum sahaja
Maklumat di laman web ini adalah untuk tujuan pendidikan, promosi dan maklumat perkhidmatan secara umum sahaja. Ia bukan nasihat perubatan, diagnosis perubatan atau pengganti konsultasi dengan pengamal perubatan yang bertauliah.
02Penilaian doktor dahulu
Semua rawatan, prosedur, ubat, supplement, program wellness dan perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan oleh klinik tertakluk kepada konsultasi doktor, penilaian perubatan, kesesuaian anda dan cadangan profesional doktor.
03Keputusan berbeza
Keputusan berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada keadaan kesihatan, umur, gaya hidup, sejarah perubatan, pematuhan rawatan dan tindak balas terhadap rawatan. Tiada keputusan, peningkatan atau hasil tertentu yang dijamin.
04Review dan testimoni
Testimoni, review, gambar, video, rujukan sebelum dan selepas serta contoh kes dikongsi sebagai pengalaman client dan rujukan umum sahaja. Ia tidak bermaksud setiap client akan mendapat keputusan yang sama.
05Konsultasi sebelum bermula
Sila dapatkan penilaian daripada doktor kami sebelum memulakan sebarang rawatan, ubat, supplement, prosedur atau program kesihatan.
06Kecemasan
Bagi kes kecemasan, simptom yang teruk atau keadaan perubatan yang mendesak, dapatkan rawatan segera di hospital atau jabatan kecemasan yang terdekat.
07Pengakuan anda
Dengan membuat temujanji, menghubungi kami melalui WhatsApp, telefon, borang, media sosial atau saluran lain, atau dengan menggunakan perkhidmatan kami, anda mengesahkan bahawa anda telah membaca dan memahami penafian ini, dan bersetuju bahawa sebarang keputusan perubatan hanya patut dibuat selepas konsultasi dengan profesional kesihatan yang bertauliah.
WhatsApp kami secara privasi dan team kami sedia membantu.
WhatsAppSecure your path to performance 10 years younger
Don't delay your transformation. Take action today and make your loved one proud.
Mulakan penilaian percuma