Fraud Blocker

[DIET] : 9 Makanan Untuk Kesuburan Lelaki (Simple & Murah)

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Apabila sebut tentang makanan untuk kesuburan lelaki, ramai menganggap ia sekadar petua orang lama atau mitos yang tidak mendesak. Hakikatnya, apa yang anda suap ke dalam mulut hari ini menentukan kualiti benih anda 74 hari akan datang (tempoh satu kitaran spermatogenesis).

Di Malaysia, wujud satu stigma toksik: apabila pasangan lambat dapat zuriat, jari telunjuk sering dituding kepada isteri. Ini adalah salah faham terbesar. Data daripada Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) mendedahkan bahawa 65% masalah ketidaksuburan berpunca daripada faktor lelaki atau gabungan kedua-duanya.

Masalah seperti Oligospermia (bilangan sperma rendah) dan Asthenozoospermia (pergerakan sperma lemah) semakin meningkat akibat gaya hidup Malaysian seperti sarapan teh tarik & roti canai dan maggi goreng pada waktu malam yang tinggi gula dan lemak trans. Secara klinikal, diet yang buruk meningkatkan tekanan oksidatif (oxidative stress) dalam tubuh, yang bertindak seperti “racun” merosakkan DNA sperma.

Artikel ini bukan sekadar senarai makanan dan diet harian. Ini adalah panduan klinikal untuk membaiki biologi tubuh anda melalui pemakanan harian yang anda boleh tiruvasi bermula hari ini.

9 Makanan Untuk Kesuburan Lelaki (Simple & Murah)

Berikut adalah senarai makanan yang kaya dengan zink, selenium, asid folik, dan antioksidan—nutrien wajib untuk kilang sperma anda berfungsi optimum.

makanan untuk kesuburan lelaki

1. Telur (Sumber Protein & Vitamin E)

Telur adalah superfood paling murah di pasaran. Ia kaya dengan protein berkualiti tinggi dan Vitamin E yang melindungi sel sperma daripada kerosakan radikal bebas.

  • Faedah : Meningkatkan motiliti (pergerakan) sperma supaya mampu berenang ke ovum.
  • Waktu Terbaik : Sarapan pagi (rebus atau separuh masak).

2. Bayam (Asid Folik Semula Jadi)

Kekurangan asid folik bukan sahaja masalah wanita. Lelaki yang rendah asid folik berisiko menghasilkan sperma yang tidak normal dari segi kromosom.

  • Faedah : Mengurangkan risiko kecacatan sperma dan keguguran pada pasangan.
  • Waktu Terbaik : Makan tengah hari (sebagai sayur bening atau ulam).

3. Tiram atau Kerang (Raja Zink)

Tiram adalah sumber Zink tertinggi di dunia. Namun, di Malaysia, kerang adalah alternatif murah yang hebat. Zink adalah “bahan api” utama untuk penghasilan testosteron.

  • Faedah : Meningkatkan paras testosteron dan isipadu air mani. Baca lebih lanjut tentang masalah hormon lelaki di blog kami.
  • Waktu Terbaik : Makan malam (sekali atau dua kali seminggu).

4. Pisang (Bromelain & Vitamin B1)

Pisang mengandungi enzim Bromelain yang jarang ditemui, yang bertindak sebagai anti-radang semula jadi serta meningkatkan stamina seksual.

  • Faedah : Meningkatkan libido dan tenaga untuk hubungan intim.
  • Waktu Terbaik : Snek pagi atau sebelum bersenam.

5. Kacang Walnat & Badam (Omega-3)

Kajian dari Society for the Study of Reproduction mendapati makan 75g walnat setiap hari meningkatkan vitaliti sperma.

  • Faedah : Asid lemak Omega-3 meningkatkan aliran darah ke organ seksual, membantu isu ereksi.
  • Waktu Terbaik : Snek petang menggantikan keropok.

6. Tomato (Lycopene)

Tomato mengandungi Lycopene, antioksidan kuat yang memberi warna merah padanya. Kajian menunjukkan lelaki dengan pengambilan lycopene tinggi mempunyai struktur (morfologi) sperma yang lebih baik.

  • Faedah : Membaiki bentuk sperma (morfologi) agar normal.
  • Waktu Terbaik : Masak dalam sup atau sos (Lycopene lebih mudah diserap apabila dimasak).

7. Ikan Kembung (Alternatif Salmon)

Anda tidak perlu beli Salmon mahal. Ikan Kembung tempatan juga kaya dengan Omega-3 dan Vitamin D.

  • Faedah : Mengurangkan keradangan sistemik yang boleh mengganggu penghasilan sperma.
  • Waktu Terbaik : Makan tengah hari atau malam.

8. Bawang Putih (Allicin & Selenium)

Mengandungi Allicin yang melancarkan peredaran darah ke organ seksual dan Selenium yang melindungi sperma dari kerosakan.

  • Faedah : Meningkatkan aliran darah untuk ereksi yang lebih mantap.
  • Waktu Terbaik : Dimasukkan dalam masakan harian.

9. Buah Delima (Bom Antioksidan)

Jus delima terbukti secara klinikal meningkatkan kualiti air mani dan menaikkan paras testosteron.

  • Faedah : Melawan disfungsi erektil ringan dan meningkatkan kepekatan sperma.
  • Waktu Terbaik : Minum jus asli tanpa gula di waktu pagi.

Baca : Cara Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Klinikal (2026)

Nota Penting: Jika anda mengalami masalah kekerasan zakar yang kronik, pemakanan sahaja mungkin tidak memadai. Sila rujuk info lanjut tentang rawatan mati pucuk di laman web kami.

Risiko Makanan Tak Seimbang Untuk Kesuburan

Mengabaikan diet seimbang umpama meletakkan pasir ke dalam enjin kereta; ia akan rosak perlahan-lahan.

makanan untuk kesuburan lelaki

1. Daging Proses (Sosej, Burger, Nugget)

Kajian dari Harvard T.H. Chan School of Public Health menunjukkan lelaki yang kerap makan daging proses mempunyai bilangan sperma normal yang jauh lebih rendah.

Kesan Buruk : Mengandungi pengawet dan hormon sintetik yang mengganggu keseimbangan hormon lelaki.

2. Makanan Tinggi Gula & Karbohidrat Ringkas

Nasi putih berlebihan, air manis, dan kuih-muih.

Kesan Buruk : Menyebabkan rintangan insulin. Gula darah yang tinggi merosakkan saraf dan saluran darah yang penting untuk ereksi dan penghasilan sperma. Lihat kaitan diabetes dan kesuburan.

3. Lemak Trans (Marjerin, Makanan Bergoreng)

Kesan Buruk: Menurunkan paras testosteron secara drastik dan meningkatkan kolesterol jahat.

Alternatif Lebih Sihat : Guna minyak zaitun atau minyak kelapa dara.

Baca : Makanan Kesihatan Yang Tambah Tenaga Lelaki

Apa Makanan Sembuhkan Masalah Mandul?

Makanan membantu meningkatkan kualiti benih, tetapi jika anda ada masalah struktur seperti Varicocele (urat bengkak pada testis) atau Azoospermia (tiada sperma langsung akibat sumbatan), makanan sahaja tidak cukup. Anda perlukan ujian saringan kesuburan untuk diagnosis tepat.

Berapa lama perlu jaga makan untuk nampak kesan?

Sperma mengambil masa kira-kira 72 hari – 74 hari untuk matang sepenuhnya. Anda perlu konsisten dengan diet ini sekurang-kurangnya 3 bulan untuk melihat perubahan pada keputusan analisis air mani (Sperm Analysis).

Apa kesan buruk kalau saya abai pemakanan & terus merokok?

Anda berisiko mengalami kerosakan DNA sperma (DNA Fragmentation). Walaupun isteri berjaya hamil, risiko keguguran adalah tinggi, atau anak mungkin lahir dengan masalah kesihatan.

Adakah suplemen lebih baik dari makanan sebenar?

Suplemen hanya pelengkap. Tubuh menyerap nutrien dari makanan sebenar (whole foods) jauh lebih baik berbanding pil sintetik.

“Dietary patterns significantly influence sperm quality. Diets rich in fruits, vegetables, whole grains, and fish are associated with better sperm quality parameters, whereas diets high in processed meat, soy foods, potatoes, full-fat dairy and total dairy products, cheese, coffee, alcohol, sugar-sweetened beverages and sweets have been associated with lower-quality sperm.” – J Clin Med, PubMed Central (2020)

Baca : Cara Meningkatkan Hormon Testosteron Secara Klinikal (2026)

Konsultansi Kesuburan Lelaki 100% Klinikal

Tuan-tuan, masalah kesuburan adalah satu penyakit, bukan nasib malang semata-mata. Jangan buang masa bertahun-tahun mencuba produk viral tanpa mengetahui punca sebenar masalah dalaman anda.

makanan untuk kesuburan lelaki

Jika anda sudah mencuba pelbagai petua dan makanan untuk kesuburan lelaki di atas selama lebih 6 bulan namun masih belum berjaya, ini tanda amaran. Anda mungkin menghidap masalah yang memerlukan intervensi perubatan seperti terapi hormon atau rawatan surgeri minor.

Di SuamiSihat Clinic, kami menawarkan pendekatan:

  1. Diagnosis Klinikal: Ujian darah hormon & analisis air mani komprehensif.
  2. Rawatan Personal: Bukan “satu ubat untuk semua”. Rawatan ikut masalah spesifik tuan.
  3. Privasi Terjamin: Kami faham sensitiviti lelaki & masalah anda selamat 100% dengan kami.

Perjalanan untuk pulih memerlukan kesabaran. Tiada jalan pintas, tetapi dengan bantuan pakar, peluang untuk menimang cahaya mata itu jauh lebih cerah.

Klik Sini Untuk WhatsApp Kami atau Walk-in ke SuamiSihat Clinic hari ini untuk konsultasi pertama anda. Ambil langkah pertama menjadi bapa yang sihat.

klinik suamisihat

Disclaimer : Maklumat ini bukan pengganti konsultasi perubatan. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis & pelan rawatan yang tepat.

Sumber Rujukan :

  1. KKM : Pemakanan Sihat (1996)
  2. Harvard T.H Chan : The Fertility Diet (2009)
  3. National Institute of Health : Diet and men’s fertility (2014)
  4. Mayo ClinicHealthy Sperm : Improving Your Fertility (2025)
  5. World Journal of Men’s Health : Dietary & Glycemic Index (2024)

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Improve Daya Fokus & Kognitif di SuamiSihat
Servis Hilangkan Lemak Boroi di SuamiSihat
Servis Rawatan Anti-Ageing SuamiSihat Longevity
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat
Servis Besar Panjangkan Zakar di SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.