Ejakulasi pramatang (PE) atau lebih dikenali sebagai “pancut awal” adalah masalah seksual lelaki yang paling lazim di dunia, termasuk di Malaysia.
Ia adalah keadaan di mana seorang lelaki mencapai klimaks (ejakulasi) lebih cepat daripada yang dia atau pasangannya inginkan semasa hubungan seks.
Tahukah anda, kajian dari The Urology Care Foundation menunjukkan, 1 dari 3 lelaki berumur 18 tahun – 59 tahun berdepan dengan masalah pancut awal (ejakulasi pramatang).

Kesan jangka pendeknya amat mengecewakan hati mana-mana lelaki : rasa malu, serba salah dan performance anxiety (cemas prestasi) yang teruk.
Kesan jangka panjangnya? Ia meracuni rumahtangga. Sebagai penulis di klinik ini, saya telah mendengar terlalu banyak luahan hati yang sama.
“Malu, doktor. Saya malu sangat. Baru ‘start’ tak sampai 2 minit, saya dah pancut. Isteri belum apa-apa lagi. Saya nampak riak muka dia yang kecewa tu. Sekarang, saya jadi takut nak sentuh isteri sendiri. Saya rasa gagal.”

Ini bukan sekadar “perasaan”. Ia adalah simptom klinikal. Tanda-tanda utama anda mungkin mengalami ejakulasi pramatang ialah:
- Kerap ejakulasi dalam 1-3 minit. Selepas dayungan pertama.
- Gagal untuk melambatkan ejakulasi. Tak mampu menahan kegelian.
- Rasa stres, kecewa & malu. Sampai elak bersenggama dengan isteri.
Kenapa Aku Pancut Tak Sampai 2 Minit?
Ini adalah soalan yang membunuh keyakinan diri sesiapa sahaja. Apabila ia berlaku berulang kali, seorang lelaki mula rasa rendah diri. Anda mula mempersoalkan kejantanan anda.
“Kenapa aku tak boleh tahan lama macam orang lain?”
Masalahnya, kesan terbesar bukanlah pada diri anda sahaja.
Kesan Pancut Awal Pada Isteri
Ramai lelaki tidak sedar impak emosi ini kepada pasangan mereka. Apabila anda ‘tewas awal’ secara konsisten, isteri mungkin mula berfikir :
- “Dia ada orang lain?”
- “Dia pentingkan diri sendiri.”
- “Dia dah tak sayangkan aku ke?”
- “Badan aku dah tak menarik ke?”
Walaupun semua ini tidak benar, ia mewujudkan keraguan. Hubungan menjadi dingin. Isteri mungkin ‘tawar hati’ bukan kerana seks semata-mata, tetapi kerana dia rasa tidak dihargai dan tidak dipuaskan secara emosi.
Apa Itu Ejakulasi Pramatang?
Secara klinikal, ejakulasi pramatang (PE) bukanlah mitos. Ia adalah disfungsi seksual yang diiktiraf.
- Kenapa Ia Berlaku? Puncanya boleh jadi dua: Psikologi (seperti stres, kemurungan, atau anxiety) atau Biologi (seperti zakar yang terlalu sensitif atau tahap kimia otak (serotonin) yang tidak seimbang).
- Bagaimana Ia Berlaku? Ia adalah kegagalan sistem saraf untuk ‘mengawal’ refleks ejakulasi. Otak dan badan anda tidak berkomunikasi dengan baik untuk “menahan” klimaks.
- Berapa Cepat? Garis panduan perubatan antarabangsa (ISSM) mentakrifkan PE sebagai ejakulasi yang berlaku dalam tempoh kira-kira 1 minit selepas penembusan (untuk PE seumur hidup) atau kurang dari 3 minit (untuk PE yang baru berlaku).
Simptom Ejakulasi Pramatang
Bagaimana anda nak bezakan “pancut cepat sekali-sekala” dengan masalah klinikal? Anda disahkan mempunyai PE jika anda mengalami ketiga-tiga simptom ini:
- Tempoh Masa yang Pendek: Anda hampir selalu ejakulasi dalam 1-3 minit selepas penembusan.
- Kesan Emosi Negatif: Anda berasa amat kecewa, malu, stres & mula mengelak hubungan seks dengan isteri.
- Hilang Kawalan: Rasa “tak boleh tahan” / “tak boleh kawal” bila nak pancut. Berlaku automatik walaupun anda tahan.
Punca Ejakulasi Pramatang
Punca pancut awal selalunya adalah gabungan kompleks faktor fizikal dan mental.
A. Punca Psikologi (Paling Lazim):
- Stres & Kemurungan : Masalah di tempat kerja atau kewangan mengganggu fokus anda.
- Cemas Prestasi (Performance Anxiety) : Terlalu risau akan pancut awal dan akhirnya pancut awal.
- Tabiat Melancap : Kerap melancap dengan laju (takut ditangkap) melatih otak untuk klimaks dengan pantas.
B. Punca Biologi / Fizikal :
- Masalah Tiroid: Hormon tiroid tidak seimbang juga boleh memainkan peranan.
- Kimia Otak (Serotonin): Tahap serotonin rendah dalam otak dikaitkan kuat dengan ejakulasi lebih cepat.
- Zakar Terlalu Sensitif (Hypersensitivity): Sesetengah lelaki mempunyai hujung zakar lebih sensitif dari orang lain.

Contoh Ejakulasi Pramatang (Situasi)
Mari kita lihat situasi ‘Amir’ (34 tahun). Amir baru berkahwin 6 bulan. Beliau seorang yang sihat, tiada kencing manis, dan tiada masalah ereksi (zakar boleh keras dengan baik).
Namun, setiap kali bersama isterinya, Amir akan pancut dalam masa 1-2 minit. Beliau cuba “berfikir tentang perkara lain” (seperti sukan atau kerja) untuk tahan lama, tetapi ia tidak berkesan. Isterinya mula bersuara dan menunjukkan rasa tidak puas hati. Amir kini terlalu stres sehingga beliau mula mengelak untuk memulakan hubungan.
Ini adalah kes klasik ejakulasi pramatang yang berpunca daripada anxiety dan mungkin hypersensitivity.
Kesan Buruk Ejakulasi Pramatang
Jika dibiarkan tanpa rawatan, kesannya bukan sekadar di bilik tidur:
- Stres Rumahtangga: Punca utama pergaduhan suami isteri.
- Masalah Keyakinan Diri: Anda rasa “kurang jantan” atau gagal.
- Masalah Kesuburan: Sukar mendapatkan anak kerana pancut sebelum klimaks.
- Elak Hubungan: Hubungan intim menjadi beban rumahtangga bukan nikmat rumahtangga.
Apa Beza Mati Pucuk vs Pancut Awal?
Ini sangat penting untuk difahami. Ramai lelaki keliru.
- Mati Pucuk (ED): “Nak Keras”. Zakar gagal mencapai / mengekalkan kekerasan. (Masalah Hardware).
- Pancut Awal (PE): “Nak Tahan”. Zakar keras dengan baik, tetapi tidak boleh kawal masa ejakulasi. (Masalah Software).
Kadang-kala, lelaki ada lemah tenaga batin (ED) juga akan mengalami PE. Mereka mungkin ‘tergesa-gesa’ untuk pancut kerana takut ereksi mereka akan ‘jatuh’ di tengah jalan.
Untuk info, pada Julai 2022, Utusan Malaysia melaporkan yang 1.6 juta lelaki di Malaysia berumur bawah 30 tahun mengalami masalah mati pucuk.

Melancap Punca Pancut Awal?
Jawapannya: Ya, boleh jadi.
Perbuatan melancap itu sendiri tidak merosakkan urat. Tetapi, tabiat melancap itu boleh jadi puncanya.
Jika anda, sejak remaja, biasa melancap secara tergesa-gesa (mungkin kerana takut kantoi atau mahu cepat ‘habis’ sebelum menonton video seterusnya), anda secara tidak sedar telah melatih otak anda: Rangsangan = Ejakulasi Pantas.
Apabila anda bersama pasangan sebenar, otak anda mengulangi corak yang telah ‘dilatih’ selama bertahun-tahun itu.
Ramai Lelaki Malaysia Pancut Awal
Masalah ejakulasi pramatang di Malaysia semakin meningkat, terutamanya di kalangan lelaki muda. Statistik global menunjukkan 1 daripada 3 lelaki mungkin mengalami PE pada satu ketika dalam hidup mereka.
Alasannya? Gaya hidup moden. Stres kewangan, tekanan di tempat kerja & anxiety punca utama.
Jenis Rawatan Klinikal: Rawatan moden sangat berkesan dan BUKAN berasaskan mitos. Ia termasuk :
- Terapi Tingkah Laku: Belajar teknik ‘Stop-Start’ atau ‘Squeeze’ untuk kawal refleks.
- Ubat-ubatan (Oral): Ubat (seperti SSRI preskripsi) membantu melambatkan isyarat ejakulasi dari otak.
- Krim atau Semburan (Topikal): Ubat sapu preskripsi mengurangkan sensitiviti zakar sementara waktu.
Gambir Sarawak Bantu Masalah Pancut Awal?
Ini adalah soalan paling lazim di klinik kami. Jawapannya: Ya, ia boleh bantu, tetapi ia TIDAK MERAWAT.
Gambir Sarawak atau mana-mana ‘krim kebas’ berfungsi dengan ‘mengebaskan’ zakar anda. Apabila zakar kebas, anda akan tahan lebih lama.
Keburukan Gambir Sarawak
- Hilang Nikmat: Anda tahan lama, tetapi anda tidak ‘rasa’ apa-apa. Seks menjadi ‘kerja’.
- Kesan Pada Isteri: Ubat kebas itu boleh berpindah kepada faraj isteri, menyebabkan isteri pula kebas & hilang nikmat.
- Tidak Sembuh: Ia hanya ‘band-aid’, tidak membetulkan punca masalah anda (anxiety atau kimia otak). Ramai bergantung padanya seumur hidup.
Pakar kesihatan di Harvard Health Publishing mengesahkan bahawa PE sering dikaitkan dengan kimia otak :
“Ejakulasi pramatang sering dikaitkan dengan tahap serotonin yang rendah di dalam otak. Faktor psikologi seperti kemurungan, stres, atau kebimbangan prestasi (performance anxiety) juga memainkan peranan utama dalam mencetuskan atau memburukkan lagi keadaan ini.”
Rawatan Ejakulasi Pramatang Moden & Klinikal
Anda sudah baca artikel ini. Anda tahu anda ada masalah ejakulasi pramatang. Anda mungkin sudah penat habiskan duit membeli gambir, ‘kopi jantan’, atau pelbagai ubat kuat di internet yang tidak berkesan (atau hanya ‘merkebaskan’ anda).
Berhenti membuang masa dan merisikokan maruah anda. Pancut awal adalah masalah perubatan yang boleh dirawat secara klinikal.
Di SuamiSihat, pakar sakit tuan kami faham isu ini amat sensitif. Kami tidak akan menghakimi anda.

- Rawatan Sebenar: Kami akan mulakan dengan sesi konsultansi sulit untuk mencari punca sebenar masalah anda (adakah ia anxiety? Zakar sensitif? Atau tabiat?).
- Bukan Paksaan: Kami akan terangkan pilihan rawatan moden—sama ada terapi tingkah laku, ubat oral, atau krim preskripsi. Anda yang tentukan rawatan mana yang sesuai.
- Perlu Sabar: Belajar mengawal ejakulasi adalah seperti belajar kemahiran baru. Ia memerlukan kesabaran dan bimbingan profesional.

Jangan biarkan masalah pancut awal membunuh keyakinan anda dan mendinginkan hubungan rumahtangga. Ambil langkah pertama untuk kembali ‘beraksi’ dengan yakin.
Penafian (Disclaimer): Maklumat ini bukan pengganti konsultasi perubatan. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis & pelan rawatan yang tepat.
Sumber Rujukan :
- 1.6 juta lelaki bawah 30 tahun alami mati pucuk (Utusan Malaysia)
- Harvard Health Publishing: Premature Ejaculation. (Harvard Med School)
- Portal MyHealth: Ejakulasi Pramatang (Pancutan Mani Pramatang). (KKM)
- An Update on the Treatment of Premature Ejaculation: A Systematic Review. (World Journal Men’s Health)





















