Fraud Blocker

5 Tips Tahan Pancut Awal Dari Doktor Pakar Kami (KEMASKINI)

Written By:

Medical Facts Reviewed By:

Mujarab-atau-mitos-miyak-lintah-belacak-dhab

Keinginan untuk tahan pancut awal adalah matlamat utama bagi lelaki yang mengalami ejakulasi pramatang (PE). Ini adalah keadaan perubatan yang sangat lazim.

Dianggarkan 3 daripada 10 lelaki di Malaysia mengalami masalah ejakulasi (pancut) lebih cepat daripada yang dia atau pasangannya inginkan secara konsisten.

Secara klinikal, anda mungkin mengalami PE jika anda mempunyai ciri-ciri ini:

  • Selalu ejakulasi dalam 1-3 minit selepas jolokan.
  • Berasa gagal untuk mengawal atau melambatkan ejakulasi.
  • Mengalami stres, malu atau anxiety sehingga mula mengelak keintiman.

Kesan jangka panjangnya bukan sekadar kepuasan fizikal. Ia adalah ‘pembunuh’ senyap keyakinan diri lelaki dan boleh merosakkan keintiman emosi dalam rumahtangga.

Berita baiknya, kawalan ejakulasi adalah satu kemahiran yang boleh dilatih. Berikut adalah 5 tips klinikal yang disyorkan oleh pakar untuk membantu anda ‘belajar semula’ mengawal refleks badan anda.

Baca : 9 Ciri-Ciri Yang Ada Pada Lelaki Mati Pucuk

1. Teknik ‘Stop-Start’ (Latih Semula Otak)

teknik tahan pancut pancut awal

Ini adalah teknik asas terapi tingkah laku (behavioural therapy) yang paling kerap disyorkan.

Kenapa Ia Berkesan?

  • Alasan Saintifik: Melatih otak untuk mengenali ‘point of no return’ saat di mana anda rasa akan pancut & tidak boleh berhenti lagi.
  • Bagaimana: Belajar untuk ‘memerah brek’, mengurangkan anxiety & membina kawalan mental terhadap refleks badan.

Bagaimana Cara Buat?

  • Langkah: Rangsang zakar anda (sendiri atau dengan pasangan). Apabila anda rasa anda “hampir” pancut, berhenti serta-merta. Biarkan rasa ghairah itu reda sedikit. Kemudian, mulakan semula rangsangan. Ulang 3-4 kali sebelum anda benar-benar ejakulasi.

2. Senaman Kegel (Kawalan Otot Dalaman)

senaman kegel tahan pancut awal

Anda mungkin fikir Kegel hanya untuk wanita, tetapi lelaki juga mempunyai otot lantai pelvis.

Apa Itu Otot PC?

  • Alasan Saintifik: Otot Pubococcygeus (PC) adalah otot yang anda gunakan untuk menahan kencing dan juga otot yang mengecut semasa ejakulasi.
  • Bagaimana: Melatih otot ini menjadikannya lebih kuat, membolehkan anda ‘mencengkam’ dan menahan ejakulasi secara sedar.

Cara Latihan (Waktu Kencing)

  • Langkah: Cara paling mudah untuk ‘cari’ otot ini adalah semasa anda kencing. Cuba hentikan aliran air kencing anda di pertengahan jalan. Otot yang anda gunakan itu adalah otot PC.
  • Latihan Harian: Jangan lakukan semasa kencing (nanti jadi kencing tak lawas). Sebaliknya, kemut otot itu, tahan selama 3 saat, kemudian lepaskan 3 saat. Ulang 10-15 kali, 3 kali sehari.

3. Teknik ‘Squeeze’ (Tekan & Reda)

teknik tahan pancut awal

Ini adalah variasi teknik ‘Stop-Start’ yang melibatkan sentuhan fizikal.

Bagaimana Ia Berfungsi?

  • Alasan Saintifik: Memberi tekanan fizikal pada kepala zakar akan ‘mengganggu’ refleks ejakulasi buat sementara waktu dan mengurangkan kekerasan sedikit, memberi anda masa untuk ‘reset’.
  • Bagaimana: Ia membantu mematikan ‘automatik’ badan anda.

Di Mana Nak Tekan?

  • Langkah: Apabila anda rasa “hampir” pancut, berhenti. Gunakan ibu jari dan jari telunjuk anda untuk memerah (squeeze) dengan kuat pada bahagian takuk (di mana kepala zakar bertemu batang) selama 3-5 saat. Rasa ghairah akan menurun. Lepaskan dan mula semula selepas 30 saat.

4. Kawal Pernafasan (Kurangkan Panik)

teknik tahan pancut awal

Ramai lelaki ‘tewas awal’ kerana mereka panik dan pernafasan menjadi pendek.

Peranan ‘Anxiety’

  • Alasan Saintifik: Performance anxiety mengaktifkan sistem saraf simpatetik (‘lawan atau lari’). Ini mempercepatkan degupan jantung dan refleks ejakulasi.
  • Bagaimana: Mengawal nafas secara sedar akan mengaktifkan sistem saraf parasimpatetik (‘rehat dan hadam’), yang membantu melambatkan segalanya.

Teknik Nafas Dalam

  • Langkah: Semasa beraksi, sedar tentang nafas anda. Jangan tahan nafas. Sebaliknya, tarik nafas dalam-dalam melalui hidung (kiraan 4), tahan sekejap, dan hembus perlahan-lahan melalui mulut (kiraan 6). Ini membantu menenangkan badan anda.

5. Krim ‘Numbing’ (Penyelesaian Sementara)

teknik tahan pancut awal

Ini adalah kaedah kimia, seperti menggunakan ‘gambir sarawak’ atau krim farmasi.

Kebaikan (Mengurangkan Sensitiviti)

  • Alasan Saintifik: Krim ini (selalunya mengandungi benzocaine atau lidocaine) berfungsi sebagai anestetik topikal.
  • Bagaimana: Ia ‘merkebaskan’ hujung saraf di zakar anda, mengurangkan sensasi dan membolehkan anda bertahan lebih lama.

Keburukan (Hilang Nikmat)

  • Langkah: Ini adalah ‘band-aid’, bukan rawatan.
  • Risiko: Jika terlalu kebas, anda akan hilang nikmat seks. Lebih teruk, rasa kebas itu boleh berpindah kepada faraj isteri, menyebabkan isteri anda pula yang ‘kebas’ dan tidak puas.

Pakar di Mayo Clinic mengesahkan bahawa rawatan tingkah laku adalah langkah utama.

Rawatan Pancut Awal Moden & Klinikal

“Rawatan untuk ejakulasi pramatang selalunya melibatkan teknik psikologi dan tingkah laku (behavioural techniques)… Menggabungkan teknik ini dengan ubat-ubatan (jika perlu) selalunya merupakan cara paling berkesan untuk merawat keadaan ini.”

Mayo Clinic

Anda sudah baca 5 tips tahan pancut awal. Anda boleh cuba sendiri teknik ini.

Tetapi ramai lelaki gagal kerana mereka tidak konsisten, atau puncanya lebih mendalam (seperti testosteron rendah atau anxiety yang teruk).

Berhenti membuang masa dan wang dengan gambir sarawak (yang membunuh nikmat anda dan pasangan) atau ubat kuat tiruan di internet. Itu bukan rawatan.

Di SuamiSihat, pakar sakit tuan kami faham isu ini amat sensitif.

rawatan pancut awal
  • Rawatan Sebenar: Kami akan mulakan dengan sesi konsultansi sulit untuk mencari punca sebenar masalah anda (adakah ia anxiety? Zakar sensitif? Atau masalah ereksi?).
  • Bukan Paksaan: Kami akan terangkan pilihan rawatan moden—sama ada terapi tingkah laku, ubat oral, atau krim preskripsi. Anda yang tentukan.
  • Perlu Sabar: Belajar mengawal ejakulasi adalah seperti belajar kemahiran baru. Ia memerlukan kesabaran dan bimbingan profesional.
rawatan pancut awal ejakulasi pramatang klinik suami sihat

Jangan biarkan masalah lemah tenaga batin atau pancut awal ini mengawal hidup anda. Ambil langkah pertama untuk kembali yakin.

Penafian (Disclaimer): Maklumat ini bukan pengganti konsultasi perubatan. Sila berjumpa doktor untuk diagnosis & pelan rawatan yang tepat.

Sumber Rujukan :

Premature Ejaculation – Diagnosis and Treatment. (Mayo Clinic)

Stop Premature Ejaculation Naturally : Find Your Solution (WikiHow)

Portal MyHealth: Ejakulasi Pramatang (Pancutan Mani Pramatang). (KKM)

Sebentar, kalau diberi peluang, anda nak improve bab yang mana?

Sila pilih:-

Nak Lebih Keras Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tahan Lama Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Libido Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Lebih Tenaga Rawatan Lelaki SuamiSihat
Nak Kaunseling Suami SuamiSihat
Nak Rawatan Kesuburan Suami SuamiSihat
Improve Daya Fokus & Kognitif di SuamiSihat
Servis Hilangkan Lemak Boroi di SuamiSihat
Servis Rawatan Anti-Ageing SuamiSihat Longevity
Nak Belajar Ilmu Parenting SuamiSihat
Nak Rawat Kesan Pornografi SuamiSihat
Servis Besar Panjangkan Zakar di SuamiSihat

Ataupun, anda sedang cari ‘ubat kuat’ yang selamat?

Kami juga menyediakan supplemen kesihatan lelaki yang anda boleh terus beli ‘over the counter‘. Dapatkan secara online ataupun di farmasi berdekatan anda.