- Solusi rawatan klinikal fokus kepada aliran darah, keseimbangan hormon & kesihatan kardiovaskular
- Tekanan psikologi & persepsi salah tentang maskulinitas, walhal isu utama adalah kualiti ereksi (kekerasan)
- Lakukan saringan kesihatan menyeluruh untuk mengenal pasti punca sebenar masalah prestasi seksual anda
- Prosedur pembesaran tidak merawat punca utama mati pucuk (ED) & boleh menyebabkan kecederaan kekal
- Keinginan besarkan zakar & panjangkan zakar dari kaedah kosmetik/alternatif tanpa pengawasan perubatan
Ubah Saiz Zakar Secara Klinikal
Secara klinikal, prosedur untuk besarkan zakar (menambah lilitan) dan panjangkan zakar (menambah panjang) dikenali sebagai Penile Augmentation.
Ya, memang ada istilah klinikal untuk prosedur ini. Jangan risau, anda bukan orang pertama yang ingin besar dan panjangkan zakar.
Dalam komuniti perubatan urologi, zakar yang berfungsi normal secara anatomi jarang memerlukan intervensi melainkan dalam kes Micropenis (saiz regangan di bawah 7.5cm).

Kebanyakan permintaan sebenarnya berpunca daripada Penile Dysmorphophobic Disorder, di mana pesakit merasa saiz mereka tidak mencukupi walaupun secara klinikal ia berada dalam julat normal.
Trend Besar & Panjangkan Zakar di Malaysia
Data daripada Journal of Sexual Medicine dan pemerhatian klinikal tempatan menunjukkan trend membimbangkan.
Dianggarkan 8 daripada 10 lelaki Malaysia yang mencari jalan untuk besarkan zakar sebenarnya mengalami isu kualiti ereksi yang lemah (Erectile Dysfunction).

Statistik NHMS juga menunjukkan peningkatan sindrom metabolik pada lelaki seawal usia 30-an, yang merupakan punca utama mengapa zakar "kelihatan" mengecil akibat kekurangan aliran darah dan masalah obesiti (buried penis).
Kenapa Zakar Saya Lembik?
Zakar tidak mempunyai otot untuk "dibesarkan" seperti otot bicep.
Saiz zakar semasa ereksi bergantung sepenuhnya kepada fungsi Endotelium, lapisan dalam saluran darah yang melepaskan Nitric Oxide untuk mengembangkan Corpora Cavernosa.
1. Mati Pucuk (ED): Berlaku apabila saluran darah tersumbat atau mengeras (Aterosklerosis).
2. Ilusi Saiz: Apabila ereksi tidak mencapai tahap 100% kekerasan (EHS 4), zakar akan kelihatan lebih pendek dan kecil.

Maka, memanjangkan zakar secara pembedahan tidak akan membantu jika darah tidak mampu memenuhi ruang tersebut dengan tekanan yang cukup.
Baca : 5 Tiang Utama : Cara Menguatkan Tenaga Batin Lelaki (2026)
Faktor Risiko Ubah Saiz Zakar
- Penyakit Kardiovaskular: Saluran darah zakar adalah yang terkecil; jika ia bermasalah, jantung biasanya akan menyusul.
- Diabetes Mellitus: Merosakkan saraf dan saluran darah (neuropati & vaskulopati).
- Sindrom Metabolik: Perut buncit menyebabkan zakar tenggelam dalam lemak pubis, menjadikannya nampak pendek.
- Trauma Zakar: Penggunaan pam vakum atau teknik "jelqing" yang salah untuk panjangkan zakar boleh menyebabkan pecah saluran darah (Peyronie's Disease).
Cara Kenalpasti Ukuran & Panjang Zakar
Di SuamiSihat Clinic, doktor kami tidak hanya mengukur saiz dan ukur lilit zakar anda. Bahkan, kami melakukan :
- Ujian Testosteron: Menilai tahap hormon lelaki.
- Penilaian IIEF-5: Mengukur tahap fungsi ereksi.
- Profil Lipid & HbA1c: Mencari punca kencing manis/kolesterol tinggi.
- Doppler Ultrasound: (Jika perlu) Melihat aliran darah dalam arteri zakar.

Mitos Tentang Besarkan Zakat
Mitos paling popular di Malaysia adalah penggunaan minyak lintah atau urutan "besarkan zakar" boleh mengubah anatomi secara kekal.
Secara klinikal, tiada bukti herba sapuan boleh memanjangkan struktur Tunica Albuginea.
Kebanyakan testimoni "berkesan" hanyalah disebabkan oleh kesan keradangan (bengkak) sementara atau kesan plasebo yang meningkatkan keyakinan diri seketika.
Urut zakar selama 2 jam - 3 jam hanya membantu pengaliran darah ke zakar anda. Bukan mengubah kualiti seks anda. Boleh jadi zakar anda nampak keras, tapi anda tetap akan pancut awal.
Baca : Mitos: Urut Zakar Bagus Untuk Naikkan Kualiti Sperma? Ulasan
Pengalaman Pesakit di SuamiSihat Clinic
Ramai pesakit datang kepada saya meminta tips untuk besarkan zakar kerana berasa "kecil" di hadapan pasangan.
Namun, setelah pemeriksaan dilakukan, isu sebenarnya adalah mereka tidak sihat.
Simptom utama mereka adalah mati pucuk, tetapi punca di sebaliknya adalah:
- Gout & masalah buah pinggang awal
- Kencing manis tidak terkawal (HbA1c > 9)
- Hormon testosteron yang menjunam (Hypogonadism)
- Radang tinggi dalam badan (High CRP) akibat gaya hidup
Zakar yang tidak mendapat bekalan oksigen yang cukup melalui ereksi pagi (nocturnal emission) lama-kelamaan akan mengalami atrofi (pengecutan tisu).
Prosedur Penggantian Hormon Testosteron (TRT)
Bagi lelaki yang mengalami penyusutan saiz dan prestasi akibat hormon rendah, kami di Suami Sihat Clinic menawarkan Terapi Penggantian Hormon (TRT). TRT membantu:
- Meningkatkan kepadatan tulang dan jisim otot.
- Meningkatkan libido yang sering hilang bersama masalah mati pucuk.
- Memperbaiki kualiti ereksi secara fisiologi (mengembalikan kekerasan asal).
Baca : Zakar Susah Keras? Ini Punca & Kaedah Rawatan Klinikal (2026)
Ulasan Dr. Rakesh Subbiah
"Lelaki perlu faham bahawa ED adalah amaran awal kepada penyakit kronik lain, terutamanya sakit jantung. Mencari jalan pintas untuk panjangkan zakar tanpa merawat punca utama kerosakan vaskular adalah tindakan yang sangat berbahaya."
- Dr. Rakesh Subbiah (Ketua Doktor SuamiSihat Clinic)
Bila Perlu Berjumpa Doktor?
Anda wajib mendapatkan rundingan pakar jika:
- Mengalami pancutan pramatang yang kronik.
- Ereksi tidak cukup keras untuk penembusan walaupun nafsu ada.
- Mempunyai sejarah keluarga menghidap sakit jantung atau diabetes.
- Berasa saiz zakar mengecil berbanding beberapa tahun lepas (tanda atrofi tisu).

Ingat, fungsi (performance) jauh lebih penting daripada kosmetik. Zakar yang besar tetapi lembik tidak akan menyelesaikan masalah rumahtangga anda.
Baca : Kadar Pancut Awal di Malaysia Meningkat. Ini Punca & Solusi
1. Adakah ubat besarkan zakar di farmasi berkesan?
Kebanyakan suplemen yang mendakwa boleh besarkan zakar tidak mempunyai kelulusan KKM untuk tuntutan tersebut. Jika ada kesan, ia biasanya mengandungi bahan terlarang seperti Sildenafil yang boleh membahayakan jantung.
2. Bolehkah senaman panjangkan zakar (jelqing) membantu?
Pakar urologi sangat tidak menyarankan teknik ini. Tekanan melampau boleh menyebabkan koyakan mikro pada tisu zakar dan membawa kepada parut (Peyronie's Disease) yang akhirnya menyebabkan zakar bengkok dan mati pucuk.
3. Mengapa zakar saya nampak pendek bila berat badan naik?
Ini dipanggil Buried Penis. Lemak di bahagian pubis menutupi pangkal zakar. Cara terbaik untuk panjangkan zakar dalam kes ini adalah melalui penurunan berat badan dan kawalan lemak badan.
4. Adakah pembedahan besarkan zakar selamat?
Garis panduan American Urological Association (AUA) menyatakan pembedahan kosmetik zakar adalah berisiko tinggi dengan komplikasi seperti hilang deria rasa, jangkitan & kecacatan rupa bentuk.
5. Apa kaitan mati pucuk dengan saiz zakar saya?
Mati pucuk menyebabkan aliran darah berkurangan ke tisu zakar. Jika tisu tidak "diregangkan" oleh darah secara kerap, ia boleh mengecut (fibrosis). Merawat mati pucuk adalah kunci untuk mengekalkan saiz asli anda.
Kesimpulan
Obsesi terhadap saiz seringkali menjadi gangguan kepada isu sebenar iaitu kesihatan lelaki secara menyeluruh. Besarkan zakar atau panjangkan zakar bukanlah solusi kepada kegagalan ranjang jika punca utamanya adalah kerosakan vaskular atau hormon.
Saya menyeru para lelaki Malaysia untuk berhenti mempercayai ubat kuat tanpa kelulusan dan mulalah mendapatkan rawatan daripada pakar perubatan yang bertauliah untuk memulihkan prestasi dan kesihatan anda.
Rujukan :
- Asian Journal of Andrology. Asian Journal of Andrology, Penile Augmentation with Injectable Hyaluronic Acid Gel: Clinical Outcomes and Safety, 01-May-2022. Akses : https://journals.lww.com/ajandrology/fulltext/2022/24060/penile_augmentation_with_injectable_hyaluronic.8.aspx
- Asian Journal of Andrology. Asian Journal of Andrology, Complications and Management of Penile Augmentation with Hyaluronic Acid Injection, 01-July-2021. Akses : https://journals.lww.com/ajandrology/fulltext/2021/23040/complications_and_management_of_penile.8.aspx
- Journal of Sexual Medicine. The Journal of Sexual Medicine, Cosmetic Penile Enhancement Procedures: Position Statement of the Sexual Medicine Society of North America, 15-January-2024. Akses : https://academic.oup.com/jsm/advance-article-abstract/doi/10.1093/jsxmed/qdae045/7656694
- Sex Medicine Reviews. Sex Medicine Reviews, Penile Augmentation and Cosmetic Surgery: Recommendations from the Fifth International Consultation on Sexual Medicine, 02-January-2026. Akses : https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/41344863/
- Current Urology. Penile Enhancement: A Comprehensive and Current Perspective, 17-December-2024. Akses : https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/40376478/
- European Association of Urology (EAU). European Association of Urology, EAU Guidelines on Penile Size Abnormalities and Dysmorphophobia, 01-May-2024. Akses : https://www.sciencedirect.com/science/article/pii/S2405456923001979
- European Association of Urology (EAU). European Association of Urology, EAU Guidelines on Sexual and Reproductive Health (Penile Size and Augmentation), 2024. Akses : https://www.portailvasculaire.fr/sites/default/files/docs/2024_eau-guidelines-on-sexual-and-reproductive-health-_salonia.pdf
Artikel ini telah disemak dan disahkan oleh :
Bachelor of Medicine & Bachelor of Surgery and Obstetrics, National University of Ireland. Dr. Rakesh Subbiah adalah Ketua Doktor di rangkaian Suami Sihat Clinic. Beliau merupakan doktor yang sah di bawah Malaysia Medical Council (MMC) dengan nombor No. 51375

