Pakar Kesuburan Lelaki
Merancang untuk membina keluarga?Kami membantu menilai kesihatan sperma anda serta menyediakan IV Drip & suplemen khusus untuk menyokong kesuburan lelaki. Langkah ke arah menjadi ibu bapa dijadikan lebih jelas, teratur dan mudah untuk anda & pasangan.
Legasi Anda Bermula Sekarang: Maksimumkan Setiap Peluang Untuk Keluarga
SuamiSihat Clinic pakar dalam mengenal pasti dan mengoptimumkan peranan lelaki dalam proses kehamilan. Melalui pendekatan yang sistematik, 7 orang doktor pakar kesihatan lelaki kami menggunakan: Diagnostik berketepatan tinggi seperti Ujian Air Mani dan Saringan Hormon Protokol rawatan tersuai seperti IV Drip dan Suplemen Disasarkan Matlamat kami ialah untuk meningkatkan kualiti, jumlah dan pergerakan sperma secara menyeluruh. Penjagaan ini disokong oleh rating 4.9⭐ dan pengiktirafan media nasional.
Mengapa Lelaki Memilih SuamiSihat?
Pengoptimuman Sperma
Suplemen disasarkan membantu meningkatkan kualiti, jumlah & pergerakan sperma, sekali gus memaksimumkan peluang persenyawaan.
Dipercayai Ramai
Dengan rating 4.9⭐ (110+ review), ramai lelaki mempercayai kami kerana rahsia, profesionalisme dan keputusan rawatan yang terbukti.
Dipantau Doktor Bertauliah
Setiap rawatan dikendalikan oleh doktor perubatan berlesen yang pakar dalam kesihatan lelaki, memastikan diagnosis tepat dan rawatan selamat.
Privasi 100% Terjamin
Privasi anda adalah asas kami.
Setiap konsultasi & rekod kesihatan dikendalikan dengan kerahsiaan perubatan yang ketat.
Sokongan Nutrisi & Metabolik
Ujian seperti HbA1c dan Homocysteine membantu menilai kesihatan metabolik & risiko kardiovaskular yang boleh menjejaskan kesuburan.
Pusat One-Stop Wellness Lelaki
Daripada prestasi seksual, kesuburan, hormon, sehinggalah wellness penuh badan, semuanya dilakukan di bawah satu bumbung dengan pendekatan menyeluruh.
PROSES PENILAIAN KESUBURAN LELAKI
Proses kesuburan lelaki
1. Konsultasi Kesuburan
Doktor akan menilai sejarah reproduktif, gaya hidup, kesihatan seksual, tahap stres dan latar belakang perubatan anda.
Ini membantu mengenal pasti faktor yang mungkin menjejaskan kualiti sperma.
2. Ujian Diagnostik Kesuburan
Ujian dilakukan mengikut garis panduan perubatan standard, termasuk:
Ujian Air Mani – menilai jumlah, pergerakan dan bentuk sperma
Profil Hormon – testosteron, LH, FSH, estradiol, prolaktin dan lain-lain
Ujian ini menunjukkan sejauh mana sistem reproduktif anda berfungsi.
3. Tafsiran Keputusan & Diagnosis
Doktor akan menerangkan dengan jelas sama ada masalah berpunca daripada:
jumlah sperma rendah
pergerakan sperma lemah
bentuk sperma tidak normal
ketidakseimbangan hormon
keradangan atau faktor lain
4. Pelan Kesuburan Berasaskan Bukti
Pelan rawatan disesuaikan dengan keputusan ujian anda dan mungkin merangkumi:
suplemen kesuburan & antioksidan
pembetulan hormon
perubahan gaya hidup (tidur, senaman, pemakanan)
sokongan kesihatan usus atau pengurangan keradangan
Fokus rawatan adalah untuk meningkatkan kualiti sperma di peringkat sel.
5. Semakan Kemajuan Setiap 8–12 Minggu
Kitaran pembentukan sperma mengambil masa sekitar 72–90 hari.
Ujian air mani susulan akan dilakukan untuk mengukur peningkatan dan menyesuaikan pelan rawatan.
Memperkenalkan
Team SuamiSihat Clinic
Team kami terdiri daripada doktor kesihatan lelaki, ahli fisioterapi, pakar wellness dan pakar prestasi, semuanya berdedikasi membantu anda mencapai peningkatan yang konsisten dan berkekalan.
Dr. Rakesh
Ketua Klinik & Wellness
DR. ASHRAF
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. AMIR
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. Zakwan
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. Jailani
Doktor Kesihatan Lelaki
Mr. Dexter
Ahli Fisioterapi Kesihatan Lelaki
Mr. Hairul
Jurulatih Kecergasan & Pakar Dietetik
Solusi Kami
Dapatkan Pelan Kesuburan Terbaik Yang Sesuai Untuk Anda
Kami menyediakan keseburan lelaki pucuk khusus untuk setiap individu pada kos yang berpatutan.
Kami percaya setiap lelaki berhak mendapat penjagaan peribadi, fokus dan penuh perhatian dan pasukan kami komited sepenuhnya untuk memberikan rawatan terbaik.

Oral Solutions
Formulasi dan suplemen yang menyokong peredaran darah serta meningkatkan kesihatan & prestasi lelaki secara menyeluruh.

Kaunseling & Konsultasi
Panduan profesional oleh doktor berlesen, dipercayai, berpatutan & fokus kepada wellness lelaki.

External Use
Semburan atau krim topikal yang membantu menguatkan vitaliti & meningkatkan prestasi lelaki secara semula jadi.

Rawatan & Terapi Profesional
Terapi lanjutan tanpa pembedahan yang direka untuk meningkatkan prestasi lelaki & kesihatan keseluruhan.
Mendapat Liputan Media
Seperti yang dipaparkan di pelbagai media utama, SuamiSihat Clinic diiktiraf sebagai peneraju dalam kesihatan dan wellness lelaki khusus.




Lihat Berita Terkini
Apa Kata Pelanggan Kami
Untuk Diri Anda. Untuk Pasangan Anda. Mulakan Sekarang
Jangan tangguhkan transformasi diri anda. Ambil tindakan hari ini dan jadilah kebanggaan insan tersayang.
Kesuburan FAQ
Apakah ujian diagnostik khusus yang digunakan SuamiSihat Clinic untuk menilai kesuburan lelaki?
Penilaian kesuburan merangkumi ujian darah menyeluruh serta Ujian Air Mani terperinci untuk menilai jumlah sperma, pergerakan (motility) dan kesihatan reproduktif secara keseluruhan.
Adakah saringan ketidakseimbangan hormon termasuk dalam penilaian kesuburan di klinik anda?
Ya. Penilaian kesuburan turut melibatkan pemeriksaan paras hormon kerana ketidakseimbangan hormon boleh memberi kesan besar terhadap penghasilan dan fungsi sperma.
Berapakah kos konsultasi doktor untuk membincangkan isu kesuburan saya?
Konsultasi doktor pertama berharga RM100 dan biasanya mengambil masa 30 hingga 60 minit.
Sesi ini merangkumi penilaian profesional serta cadangan pelan rawatan yang sesuai.
Berapa lama proses pengambilan darah untuk ujian saringan kesuburan?
Proses pengambilan darah adalah pantas, biasanya hanya mengambil masa sekitar 5 minit.
Adakah Terapi Hormon (suplemen) digunakan untuk kesuburan dan bagaimana ia berfungsi?
Ya. Terapi hormon atau suplemen digunakan untuk membetulkan ketidakseimbangan hormon yang boleh menjejaskan kesuburan, seterusnya membantu mengoptimumkan kesihatan reproduktif lelaki.
Apakah nutrien khusus dalam suplemen Kesuburan Lelaki yang terbukti membantu kesihatan sperma?
Nutrien seperti Zinc dan Selenium diketahui dapat meningkatkan jumlah dan pergerakan sperma, manakala antioksidan membantu mengurangkan kerosakan oksidatif pada DNA sperma.
Apakah perbezaan antara Drip Signature dan IV Drip vitamin lelaki standard?
Drip Signature ialah infusi tahap lebih tinggi yang mengandungi Vaminolact (asid amino).
Ia memberi sokongan tambahan untuk sintesis protein, penyelenggaraan otot dan vitaliti keseluruhan, faktor penting dalam kesuburan lelaki.
Bagaimana saya boleh membuat temujanji untuk memulakan penilaian kesuburan?
Anda boleh membuat Konsultasi Doktor dengan menghubungi klinik secara langsung atau membuat tempahan melalui laman web kami bagi memulakan pelan rawatan peribadi anda.

SS Clinic merupakan yang pertama dan satu-satunya mengutamakan rawatan serta suplemen kesihatan lelaki berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 10:00am - 8:00pm
Sabtu & Ahad : 10:00am - 5:00pm
Cuti Umum : Tutup
Ikuti Kami
Utama
Tentang
Artikel
FAQ
Temujanji
Review
Privasi Polisi
Terma Syarat
Kesuburan Lelaki
Tenaga Batin
Kesuburan Lelaki
Testosteron
Mati Pucuk
Ejakulasi Pramatang
Kelamin Lelaki
Kesuburan
ESWT
P Shot
Sel Stem
Terapi Kerusi Kegel
Fisioterapi
IV Drip
Ujian Air Mani
Hormon Testosteron







