Rawatan Penyakit Kelamin
Ujian kami pantas, sangat sulit dan rawatan diberikan segera jika diperlukan. Tiada penghakiman, hanya ketenangan fikiran untuk anda dan pasangan.
Keselamatan Untuk Anda dan Pasangan
SuamiSihat Clinic pakar dalam diagnosis sulit dan tepat bagi melindungi kesihatan anda serta hubungan anda.
Pasukan 7 orang doktor pakar kesihatan lelaki kami menggunakan ujian pantas dan tanpa invasif untuk mengesan jangkitan biasa seperti Sifilis, Klamidia dan Herpes. Pengalaman rawatan kami adalah ringkas, berkesan dan profesional, disokong oleh rating 4.9⭐ serta pengiktirafan media nasional.
Mengapa Lelaki Memilih SuamiSihat?
Rahsia Anda Keutaman Kami
Penjagaan sepenuhnya sulit dalam persekitaran tanpa prejudis.
Privasi anda dijamin sepanjang proses ujian dan rawatan.
Dipercayai Ramai
Dengan rating 4.9⭐ (110+ review), ramai lelaki mempercayai kami kerana rahsia, profesionalisme dan keputusan rawatan yang terbukti.
Dipantau Doktor Bertauliah
Setiap rawatan dikendalikan oleh doktor perubatan berlesen yang pakar dalam kesihatan lelaki, memastikan diagnosis tepat dan rawatan selamat.
Privasi 100% Terjamin
Privasi anda adalah asas kami.
Setiap konsultasi & rekod kesihatan dikendalikan dengan kerahsiaan perubatan yang ketat.
Ujian PCR Tanpa Invasif
Ujian PCR air kencing untuk Klamidia dan Gonorea memberikan diagnosis tepat tanpa prosedur tidak selesa seperti swab uretra.
Pusat One-Stop Wellness Lelaki
Daripada prestasi seksual, kesuburan, hormon, sehinggalah wellness penuh badan, semuanya dilakukan di bawah satu bumbung dengan pendekatan menyeluruh.
PROSES SARINGAN & RAWATAN PENYAKIT KELAMIN (STD)
Proses Rawatan Kelamin Lelaki
1. Konsultasi Peribadi & Sulit
Doktor akan berbincang secara sulit mengenai:
simptom (jika ada)
risiko pendedahan
kebimbangan peribadi anda
Tiada penghakiman. Privasi anda dilindungi sepenuhnya.
2. Ujian STD Menyeluruh
Ujian dilakukan mengikut garis panduan perubatan standard dan mungkin merangkumi:
ujian darah untuk Sifilis, Hepatitis B & C, Herpes
ujian air kencing PCR untuk Klamidia & Gonorea
Ujian dipilih berdasarkan keperluan dan tahap risiko anda.
3. Keputusan Pantas, Jelas & Sulit
Keputusan akan diterangkan secara mudah dan jelas, supaya anda faham:
sama ada jangkitan dikesan
apa maksudnya
langkah seterusnya yang perlu diambil
4. Rawatan Perubatan Segera
Jika keputusan positif, rawatan yang sesuai akan dimulakan dengan segera, termasuk:
antibiotik
ubat antiviral
Rawatan adalah selamat, berkesan dan berasaskan bukti perubatan.
5. Ujian Susulan (Jika Perlu)
Bergantung kepada jenis jangkitan, ujian ulangan mungkin disarankan untuk:
mengesahkan pemulihan sepenuhnya
melindungi kesihatan anda dan pasangan
Memperkenalkan
Team SuamiSihat Clinic
Team kami terdiri daripada doktor kesihatan lelaki, ahli fisioterapi, pakar wellness dan pakar prestasi, semuanya berdedikasi membantu anda mencapai peningkatan yang konsisten dan berkekalan.
Dr. Rakesh
Ketua Klinik & Wellness
DR. ASHRAF
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. AMIR
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. Zakwan
Doktor Kesihatan Lelaki
Dr. Jailani
Doktor Kesihatan Lelaki
Mr. Dexter
Ahli Fisioterapi Kesihatan Lelaki
Mr. Hairul
Jurulatih Kecergasan & Pakar Dietetik
Solusi Kami
Dapatkan Pelan Kelamin Lelaki Terbaik Yang Sesuai Untuk Anda
Kami menyediakan pelan kelamin lelaki khusus untuk setiap individu pada kos yang berpatutan.
Kami percaya setiap lelaki berhak mendapat penjagaan peribadi, fokus dan penuh perhatian dan pasukan kami komited sepenuhnya untuk memberikan rawatan terbaik.

Oral Solutions
Formulasi dan suplemen yang menyokong peredaran darah serta meningkatkan kesihatan & prestasi lelaki secara menyeluruh.

Kaunseling & Konsultasi
Panduan profesional oleh doktor berlesen, dipercayai, berpatutan & fokus kepada wellness lelaki.

External Use
Semburan atau krim topikal yang membantu menguatkan vitaliti & meningkatkan prestasi lelaki secara semula jadi.

Rawatan & Terapi Profesional
Terapi lanjutan tanpa pembedahan yang direka untuk meningkatkan prestasi lelaki & kesihatan keseluruhan.
Mendapat Liputan Media
Seperti yang dipaparkan di pelbagai media utama, SuamiSihat Clinic diiktiraf sebagai peneraju dalam kesihatan dan wellness lelaki khusus.




Lihat Berita Terkini
Apa Kata Pelanggan Kami
Untuk Diri Anda. Untuk Pasangan Anda. Mulakan Sekarang
Jangan tangguhkan transformasi diri anda. Ambil tindakan hari ini dan jadilah kebanggaan insan tersayang.
Kelamin Lelaki FAQ
Adakah konsultasi dan ujian STD saya dikendalikan secara sulit sepenuhnya?
Ya, sepenuhnya sulit.
Semua konsultasi dan perancangan rawatan dikendalikan oleh doktor perubatan berlesen dalam persekitaran yang sulit, selaras dengan etika perubatan bagi menjamin kerahsiaan mutlak.
Apakah penyakit kelamin yang termasuk dalam profil saringan STD di SuamiSihat Clinic?
Profil saringan STD kami merangkumi penyakit kelamin yang biasa seperti:
Sifilis
Klamidia
Gonorea
Herpes
Hepatitis B dan C
Bolehkah saya menjalani ujian Hepatitis B dan C sebagai sebahagian daripada saringan kesihatan seksual?
Ya.
Kami menyediakan saringan Hepatitis B dan C sebagai sebahagian daripada panel STD kerana jangkitan ini boleh membawa kesan kesihatan serius walaupun tidak menunjukkan simptom selama bertahun-tahun.
Adakah ujian untuk Sifilis termasuk dalam profil saringan STD?
Ya.
Ujian Sifilis biasanya termasuk dalam panel saringan STD menyeluruh di SuamiSihat Clinic.
Adakah ujian untuk Sifilis termasuk dalam profil saringan STD?
Ya.
Ujian Sifilis biasanya termasuk dalam panel saringan STD menyeluruh di SuamiSihat Clinic.
Bolehkah saya menjalani ujian Herpes di klinik ini?
Ya.
Ujian untuk Herpes lazimnya disertakan dalam panel saringan STD komprehensif kami.
Bagaimana pengesanan awal STD membantu melindungi pasangan seksual saya?
Pengesanan awal membolehkan rawatan dimulakan dengan segera, sekali gus:
mengurangkan risiko jangkitan kepada pasangan
membantu pasangan mendapatkan ujian lebih awal
melindungi kesihatan jangka panjang semua pihak

SS Clinic merupakan yang pertama dan satu-satunya mengutamakan rawatan serta suplemen kesihatan lelaki berkualiti tinggi pada harga berpatutan.
Waktu Operasi
Isnin - Jumaat : 10:00am - 8:00pm
Sabtu & Ahad : 10:00am - 5:00pm
Cuti Umum : Tutup
Ikuti Kami
Utama
Tentang
Artikel
FAQ
Temujanji
Review
Privasi Polisi
Terma Syarat
Kesuburan Lelaki
Tenaga Batin
Kesuburan Lelaki
Testosteron
Mati Pucuk
Ejakulasi Pramatang
Kelamin Lelaki
Kesuburan
ESWT
P Shot
Sel Stem
Terapi Kerusi Kegel
Fisioterapi
IV Drip
Ujian Air Mani
Hormon Testosteron







