Masalah kesuburan lelaki ni dah masuk Dewan Negara dan begitu besar masalah ini sampaikan perbahasan dah dibuat antara ahli parlimen
Bukan kecil masalah ni, sampaikan dibahaskan sehingga ke Parlimen!
Sejak 40 tahun lalu, dah berlaku penuruan trend terhadap kadar kelahiran dan menurut ujian makmal negara, 60% air mani dikesan tidak normal!
Ini parah!
Apabila diteliti, masalah kesuburan ini bukan saja berlaku di Malaysia malahan di seluruh dunia! Lihat infografik dibawah, berlaku penurunan mendadak bilangan sperma untuk lelaki dari tahun ke tahun
Kami di SuamiSihat Clinic hadapi masalah yang sama apabila ramai client datang berjumpa ceritakan masalah berkaitan kesuburan mereka
Tapi nasib baiklah
Kami dengan kepakaran yang ada, ilmu yang pelbagai dengan kemajuan teknologi, kami bantu sedaya upaya kami. Posting ini untuk anda baca dan nilai sendiri kenapa masalah kesuburan lelaki sangat penting untuk korang tahu
Pengenalan
Dalam posting ini, kami akan mengupas mengenai masalah kesuburan lelaki yang mungkin menyebabkan pasangan sukar untuk mendapat cahaya mata serta cara merawatnya
Mari kita sama-sama fahami apa itu kesuburan lelaki, punca-punca yang boleh menjejaskan kesuburan, dan langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini.
Apa itu masalah kesuburan lelaki?
Kesuburan lelaki ni merujuk kepada keupayaan seorang lelaki untuk menghasilkan sperma yang
- Berkualiti
- Mencukupi
untuk mencapai persenyawaan. Apabila lelaki mengalami masalah kesuburan, ia bermakna ada halangan dalam proses penghasilan sperma atau fungsi sperma tersebut
Tak hairanlah yang 60% hasil analisis makmal sperma lelaki tak normal!
Punca punca masalah kesuburan lelaki
Jom kita ketahui apa punca yang menyebabkan masalah ini berlaku
Kualiti Sperma Rendah
Sperma yang berkualiti rendah adalah salah satu sebab utama yang boleh mempengaruhi kesuburan. Sperma dianggap tidak berkualiti apabila bilangan sperma rendah, sperma yang dihasilkan tidak sihat, atau pergerakannya lemah.
Masalah Struktur dan Fungsi Testis
Testis merupakan organ penting dalam penghasilan sperma. Jika terdapat masalah pada struktur atau fungsi testis, ia akan memberi kesan kepada penghasilan sperma. Ini mungkin berpunca daripada kecederaan, jangkitan, atau masalah genetik.
Masalah Hormon
Hormon adalah pengawal selia utama dalam sistem pembiakan lelaki. Masalah hormon, khususnya testosteron yang rendah, boleh mengurangkan penghasilan sperma yang sihat dan mengganggu proses persenyawaan.
Gaya Hidup dan Tabiat Pemakanan
Gaya hidup seperti merokok, pengambilan alkohol yang berlebihan, tekanan hidup, dan tabiat pemakanan yang tidak seimbang juga boleh menyumbang kepada masalah kesuburan lelaki.
Jika korang perlukan bantuan, dapatkan khidmat nasihat pakar daripada SuamiSihat Clinic.
Faktor mempengaruhi kesuburan lelaki
Dah tahu punca, kita baca pula apa faktor faktor yang mempengahuri kesuburan lelaki ni
Pengaruh Umur
Walaupun masalah kesuburan lelaki boleh berlaku pada sebarang umur, faktor umur turut mempengaruhi kualiti sperma. Semakin meningkat usia, kualiti dan kuantiti sperma juga mungkin akan menurun.
Pengaruh Kesihatan Fizikal
Kesihatan fizikal yang kurang baik, seperti obesiti, tekanan darah tinggi, atau penyakit kronik lain, boleh memberi kesan kepada kesuburan.
Pengaruh Psikologi
Stres dan kebimbangan berlebihan juga boleh menyebabkan masalah kesuburan. Tekanan mental dan emosi sering kali menjadi penghalang dalam fungsi pembiakan lelaki.
Antara gejala gejala yang mempengaruhi
Bilangan Sperma | Rendah atau sangat rendah dan tak cukup |
Pergerakan Sperma | Sangat perlahan dan tidak aktif. |
Ejakulasi | Sangat cepat dan hanya mampu bertahan 3-5 minit |
Kepentingan kesedaran dan rawatan peringkat awal
Ramai lelaki di luar sana ego
Ego dengan diri sendiri dan tanpa disedari memudaratkan hubungan kekeluargaan itu sendiri
Nasihat kami, jika tersedar awal ni, lakukanlah pemeriksaan awal dan jika anda menghadapi masalah ini, bolehlah kita buat rawatan seterusnya
Ingat, dengan dunia teknologi dan kepakaran kini, masalah anda kami boleh bantu
Yang penting, datanglah berjumpa dengan SuamiSihat Clinic
Cara mengatasi masalah kesuburan lelaki
Ada beberapa langkah yang boleh diambil untuk mengatasi masalah ini, sama ada melalui rawatan perubatan atau perubahan gaya hidup:
Rawatan Perubatan
Rawatan perubatan yang boleh membantu termasuk terapi hormon, rawatan menggunakan teknologi pembiakan seperti inseminasi intrauterin (IUI) atau in-vitro fertilization (IVF), dan pembedahan jika terdapat sebarang masalah fizikal yang mempengaruhi fungsi testis.
Perubahan Gaya Hidup dan Pemakanan
Mengamalkan gaya hidup sihat adalah salah satu cara terbaik untuk meningkatkan kesuburan. Ini termasuk berhenti merokok, mengurangkan pengambilan alkohol, menjaga berat badan yang ideal, dan mengambil diet yang seimbang.
Cara ini mungkin ambil masa tapi percayalah ia kunci untuk kesihatan berpanjangan
Sokongan Psikologi
Sokongan emosi daripada pasangan dan ahli keluarga sangat penting dalam menangani masalah kesuburan. Bekerjasama dengan pakar kaunseling atau terapi pasangan boleh membantu lelaki menghadapi tekanan dan kebimbangan yang mereka alami.
Pasangan tidak boleh saling salah menyalahi satu sama lain, sebaliknya, carilah penyelesaian bersama
Penyelesaian dan rawatan alternatif
Selain rawatan perubatan konvensional, beberapa terapi alternatif seperti
- akupunktur
- urutan refleksologi
- penggunaan herba tertentu
juga sering diamalkan untuk meningkatkan kesuburan.
Walaupun rawatan ini masih memerlukan kajian lanjut untuk kesan keberkesanannya, ia tetap menjadi pilihan bagi sesetengah individu.
Jangan risau, anda boleh datang ke Clinic Suami Sihat untuk mendapatkan khidmat nasihat daripada kami. Kita boleh berbincang kaedah mana untuk rawatan paling sesuai
Kesimpulan
Kesihatan reproduktif lelaki bukan sahaja berkaitan dengan kemampuan untuk mendapat anak tetapi juga memainkan peranan penting dalam kesihatan keseluruhan seorang lelaki.
Memahami dan memberi perhatian kepada kesuburan lelaki boleh membantu pasangan mencapai impian mereka untuk mendapatkan zuriat dan menikmati kehidupan yang berkualiti.
Dengan menjaga gaya hidup yang sihat, menjalani pemeriksaan kesihatan secara berkala, dan mendapatkan sokongan perubatan atau terapi yang sesuai, masalah kesuburan lelaki dapat diatasi atau dikurangkan.
Terus book sesi appointment bersama SuamiSihat Clinic di bawah :-

Sexual Tips on Your Fingertips
Let’s discuss the science of sexual performance. Uncensored & Professional, with our doctors and members of SuamiSihat Community.
JOIN COMMUNITY
SS Clinic is the first and one of its kind to advocate on high quality treatment, medication as well as supplements for men’s health at an affordable cost.
0107893661
Subscribe Today
Join our email list and get exclusive access to new products, treatment deals & promotions
